Sunday, September 4, 2011

Back to Office after early Syawal celebration..





My first working day after coming back from early Syawal eve (i called it 'early' because we are celebrating Syawal for a month! so "raya" is not officially end yet yaa..) was not good. After lotsa warning received, today is the day....my car has been clamped!! damn you ! (whoever made it!!)




really burned my mood today....:(



really burned my work motivation....:(



really feel NOT GOOD!

Monday, August 1, 2011

Kuih Raya 2011

Hi semua...

Salam Ramadan al-mubarak buat anda muslimin dan muslimat sekelian...

jeng..jeng..jeng..tahun nie saya kembali dengan jualan kuih raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 1432 yang akan kita sambut sebulan lagi nie..(oopss!! bukan saya nie sibuk da nak pikir raya yer..sbb order kene la kumpul dari sekarang kan..kan..) actually setiap tahun saya jual kuih raya nie, cume tahun nie baru sibuk nak market dalam blog...hehe..

okla, marilah kita tengok kuih2 sedap yang ada...kuih2 nie buatan aunty kesayangan husband (juga kesayangan saya la jgk..hehe)



Nama Kuih (clockwise): Nestum cookies, Chocolate Chips dan Sarang Semut


Nama kuih (clockwise): Crispy cookies, Nescafe cornflakes, Orange cookies dan Arab cookies.

apa macam kuih2 di atas?? mengancam tak?? okeh, berikut senarai kuih2 yg takde dlm pic...

1. Almond Delight
2. Gajus
3. Chocolate Topping (a.k.a almond london)
4. Tart Gulung (isi nenas yer..)

okeh, harga?? semua kuih yang berisi 50biji hanyalah RM21. MURAH TAKKK??
TAPI...cume 3 jenis beza harga iaitu Sarang Semut (RM19), Chocolate Topping & Tart Gulung (RM23).

baiklah, jangan dibuang2 masa lagi, mari start order dgn saya....silakan..silakan..

Maklumat tambahan (ada-ada je lagi..)


  • Penghantaran percuma ialah sekitar Putrajaya, Dengkil, Kajang, Bangi, Serdang dan Seri Kembangan.

  • Tarikh tutup pesanan ialah pada 18 Ogos 2011. Manakala penghantaran akan dibuat dari 21 hingga 24 Ogos 2011. (tanak lambat2, nak perbanyakkan Tarawikh lak ujung2 pose nie..hehe..)

  • Kuih2 ini dijamin HALAL dan tentunya SEDAPPPP!!!!!

  • Sebarang pertanyaan lanjut boleh lah menghubungi saya... voice order: 012-3169362 or emel nana_dmania@yahoo.co.uk

Monday, February 28, 2011

to consider something on this...

a passport size photo?
why not customize it by yourself?? provided u have all the necessary requirement/tools etc..of course!

when i google here n there, i found out a very easy learning step-by-step on how to do it by myself..
thanks to Dr. Chris Hoo from Malaysia Mac User Group. (his entry was posted way back in 2005! am really late to learn bout this! huhu)
for more info, keep on clicking here and start making passport size photo by yourself!

happy learning! happy trying!

its again...another perspective of art in our life... :)

Thursday, February 24, 2011

the kick-off...



when this illustrations was drawn up (i couldnt remember when i saw this pieces of arts, but for sure when the chaos still running in Tunisia), what could be in mind of each of the leader shown in the cartoon above?? during this time, they are not aware that Libya, Yemen, Bahrain and some other middle east countries are planning to have the same movement too...

Wallahualam. Allah safe our nations..pray for the safety of muslims brotherhood worldwide..

Allahuakbar!

Wednesday, February 23, 2011

Peraduan..Nama Baby Saya


klik banner di atas untuk melihat info lebih lanjut

Salam all,

Jarang2 sekali entry saya berkisah tentang diri dan keluarga..tapi kali nie entah camne, tertarik plak nak join satu peraduan nie...nak join peraduan nie kena la citer serba sket pasal private personal life...sebenarnye tak kisah pun, walau mcm mana, ini masih blog peribadi saya, jadi ada saya kisah..hehe.

tanpa melengah2 kan masa lagi, mari kita zoom serba sikit kisah disebalik terciptanya NAMA puteri kesayangan saya nan sorang nie...


Nur Fatihah Hasya binti Mohammad Sabri

Sejak disahkan mengandung, saya memang tiada perancangan untuk memberi nama kepada anak yang bakal dilahirkan. Urusan memberi nama nie saya memang serahkan kepada suami untuk memilih tetapi bersyarat - kami sama-sama bersetuju dengan nama yang dipilih oleh suami...yela anak kita kan...takkan main tibai je..

Peringkat pertengahan mengandung tu, kami masih belum bertemu dengan nama pilihan yang benar-benar sesuai...konon2 "ah! byk masa lagi.." memang ada sedikit tindakan "menangguh" dalam proses mencari nama sesuai..

Setelah selamat melahirkan bayi kami, barulah kami agak kelam kabut memilih nama2 yang benar2 sesuai....actually during 3rd trimester tu da ada da few list of names...tinggal nak pilih yg paling sesuai....but we manage to give name to our lil princess within 7 days after deliver..syukur Alhamdulillah, Nur Fatihah Hasya binti Mohammad Sabri yang bermaksud Cahaya Pembuka/Permulaan Kesempurnaan selamat kami daftarkan. Nampak panjang kannn...huuu...meh zoom lg citer lanjut...

Pemilihan nama nie pulak memang sangat melambangkan taste suami.. Terutamanya Fatihah..asalnya dia nak letak Fatihah Hasya saja tanpa Nur di depan, tapi saya yg nak, selalu membayangkan keindahan nama dipanggil ketika diakhirat dimana nama setiap manusia akan diseru berbin/binti kan kepada ibu...di dunia saja berbin/bintikan kepada bapa. so match la nati Nur..binti Nur.. Betapa Allah maha bijak mengatur segala yang tidak terlintas dek akal kita, manusia yg sangat sinonim dgn kelemahan. Maka, akhirnya kami sepakat untuk tambah jugak Nur dihadapan walaupun pengakhirannya terjadi la nama yg agak pjg (nak buat mcm mana kan, zaman moden skg sume buh nama anak jela2 belaka...huhu).

Doa kami, agar Nur Fatihah Hasya menjadi muslimah yang lebih hampir kepada sempurna (tidak boleh total kerana sifat sempurna adalah milik Allah SWT) sifatnya, ibadahnya dan segala yang termaktub dalam hidupnya di sisi Allah SWT. Kesempurnaan (sifat hampir kepada) ini diharap dapat tersebar pula kepada insan2 terpilih disekeliling beliau..Dan doa dan harapan kami sentiasa mengiringi langkah puteri kami, semoga beliau berjaya di dunia mahupun di akhirat. amin. Kelahiran puteri sulung kami benar-benar memberi cahaya permulaan kebahagian dalam hidup berumahtangga...alhamdulillah.

p/s: huh, pjg dan besar sungguh harapan ummie dan abie...insya Allah, setiap waktu dlm solat saya tidak pernah berputus asa...memohon dari Allah, yang Maha Mendengar, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, Insya Allah.

also, I would like to express my hearthiest thanks to the hoster of the contest, Idmatextile I wish her all the best!

Wednesday, January 26, 2011

Persaudaraan Kita Sepatutnya Membangunkan Ekonomi Umat

Saya sangat suka artikel ini...sangat2 mencerminkan harapan saya terhadap negara umumnya dan apa2 pun kaum yang menganut agama islam khususnya.

Persaudaraan Kita Sepatutnya Membangunkan Ekonomi Umat : Minda Tajdid


Kita mesti sama-sama berusaha mencari cara dan kaedah bagaimana kita boleh menjadi satu kaum yang kuat di bumi kita sendiri...atau kalau bukan di bumi kita, di negara kita sendiri..atau kalau bukan kat negara kat negeri..atau mengecilkan skop lagi..di tempat kita sendiri...
Saya suka melihat kepesatan yang berlaku di bandar-bandar besar...tapi belum tentu di kawasan2 tertentu dia bandar-bandar besar itu, kaum-kaum yang berugama islam mendominasi ekonomi di kawasan tersebut.

itu tak sentuh pasal bangsa lagi...

Wallahualam!

some of other articles economy related post i've read. enjoy reading!

http://freakonomics.blogs.nytimes.com/2011/01/26/hating-economists-but-loving-economics/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+FreakonomicsBlog+%28Freakonomics+Blog%29

Tuesday, January 25, 2011

Kisah macam2 tentang Tenang..

SPR umumkan tarikh PRK DUN Tenang, Johor pada 30 Januari 2011. Mcm biasa, musim2 pilihanraya byk cerita2 best gelagat manusia sana sini..kisah itu ini...saya akan link sket2 artikel yg sy suka...mari bertenang2....lalalalaala

http://bntenang.blogspot.com/2011/01/ckg-mala-tepis-nik-aziz-bn-menang-di.html

citer lanjut lg ada baaanyak dlm main page blog iteww..
http://bntenang.blogspot.com/

Tuesday, January 18, 2011

Seni menulis..Seni dalam penulisan..Seni memilih bahan penulisan untuk bacaan...

Memetik kata-kata Eleanor Roosevelt yang boleh dijadikan kayu pengukur (benchmark) kepada tahap minda/pemikiran penulis blog masa kini;

"Great minds discuss ideas, Average minds discuss events, small minds discuss people".

Semasa memilih topik untuk menulis blog, ingat-ingatlah kata2 di atas. Lebihkan fokus kepada idea. Cerita2 gossip eloklah dibiarkan kepada penulis blog gossip sahaja..
Rajin-rajin la memilih blog atau artikel2 berfaedah untuk bacaan, agar masa2 emas yg anda ada, tidak berlalu dan membazir begitu saja...

hmm, agaknye di mana tahap pemikiran saya ketika ini?? renung2kan...memilih bacaan yang betul dari internet juga merupakan satu sudut/aspek seni yang harus diberi perhatian...

Wednesday, January 5, 2011

Kekalkan institusi simbol kedaulatan agama, bangsa.

oleh: Dr. Saodah Abd Rahman

Islam tidak menghapuskan sistem beraja tetapi mengintegrasikannya kepada satu sistem yang lebih komprehensif dan praktikal. Unsur-unsur khurafat yang diamalkan oleh golongan-golongan bangsawan sebelum kehadiran Islam telah dihapuskan.

Sejarah menunjukkan bahawan kekuatan Islam di rantau Asia Tenggara terutamanya di Melaka semasa abad ke-15 adalah berasaskan kepada kegigihan raja-raja Melayu Islam mengintegrasikan sistem kehidupan Islam secara menyeluruh. Daripada sudut geografi, Kesultanan Melayu Melaka wujud lebih kurang 1400-1511 Masihi. Tanah Melayu terutamanya pada awal abad ke-15 terkenal dengan Tamadun Melayu Islam yang gemilang.

Berdasarkan kepada fakta sejarah maka sulatan atau raja Melayu merupakan simbol kepada agama Islam kerana penglibatan mereka secara aktif dalam hal ehwal agama. Kewibawaan dan kekuatan sistem beraja adalah berdasarkan kepada tugas dan peranan mereka dalam menaikkan imej atau kewibawaan Islam.

Sejarah menunjukkan bahawa hubungan sultan dan alim ulama adalah terlalu akrab kerana alim ulama merupakan penasihat kepada raja dalam hal ehwal perundangan Islam. Hubungan yang rapat di antara ulama dan raja menyebabkan rakyat beranggapan bahawa raja adalah pelindung rakyat dan agama. Oleh itu, orang melayu amat menghormati raja kerana keperibadian dan tingkah laku mereka menepati ciri-ciri kepimpinan Islam.

Apabila Tanah Melayu dijajah oleh kuasa Barat, raja atau sultan masih diberi mandat untuk mempertahankan adat istiadat Melayu dan agama. Ketika itu, bidang kuasa sultan adalah terlalu terbatas kerana penjajah hanya memberi mandat kepada sultan mengendalikan urusan adat istiadat Melayu dan agama Islam berkaitan dengan perundangan peribadi seperti perkahwinan, zakat dan seumpamanya.

Setelah merdeka, umat Islam secara beransur-ansur memperkenalkan kembali sistem perundangan Islam dengan lebih sistematik. Sultan diberi kuasa untuk mengesahkan setiap perundangan berkaitan dengan Mahkamah Syariah dan bidang-bidang tertentu yang diperuntukan oleh negara.

Hak-hak yang diberikan kepada sultan dalam hal ehwal keagamaan dan kewibawaan Islam sepatutnya dihormati kerana dalam realiti kehidupan dalam era globalisasi, kedudukan agama adalah terlalu rapuh kerana salah satu daripada ciri globalisasi ialah penghapusan tradisi masyarakat beragama. Oleh itu, amat penting institusi agama diperkukuhkan di bawah naungan sultan atau raja.

Para ulama dan masyarakat Islam sepatutnya mempertahankan kedudukan raja dan sultan demi memperkukuhkan institusi agama yang sering dicabar oleh pelbagai cabaran dari dalam dan luar. Sultan dan raja Melayu sepatutnya bermuhasabah diri dan melihat sejauh manakah mereka telah mengintegrasikan corak kehidupan berasaskan ajaran Islam demi menyakinkan masyarakat Islam bahawa institusi raja dapat menjamin kewibawaan dan kekuatan Islam.

Dalam era globalisasi juga, manusia lebih menumpukan perhatian kepada perkara-perkara berbentuk material daripada spiritual. Mereka kurang peka terhadap institusi agama dan raja. Konsep kehidupan yang berunsurkan hak dan kebebasan individu menjadi prinsip hidup masyarakat kini.

Oleh itu, mereka gemar menentang sesuatu yang berbentuk institusi sama ada agama atau raja. Perkara begini semakin hari kian mempengaruhi jiwa masyarakat Islam sehingga mereka sanggup menunjukkan sikap negatif terhadap Perlembagaan yang mempertahankan institusi-institusi yang dianggap tidak penting dalam kehidupan mereka, sedangkan institusi tersebut merupakan satu kekuatan umat Islam untuk mempertahankan kewibawaan Islam dalam era globalisasi.

Umat Islam perlu diberi kefahaman yang jelas mengenai Perlembagaan negara dalam mempertahankan kedudukan Islam. Kejahilan terhadap fakta sejarah dan Perlembagaan negara boleh menyebabkan umat Islam semakin hari kian hilang hak dan kewibawaan.

Hubungan para ulama dan raja sepatutnya diperkukukan bagi memudahkan umat Islam melaksanakan peundangan Islam dan meyelesaikan permasalahan berkaitan dengan Mahkamah Syariah.

Ulama dan raja sepatutnya mempunyai fikrah yang sama dalam menyelesaikan setiap aspek berkaitan dengan urusan Islam supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan kurang keyakinan masyarakat Islam terhadap institusi agama dan raja.

Oleh itu, perkukuhkan hak institusi raja supaya agama Islam kekal menjadi agama rasmi negara dan perundangan Islam yang lebih komprehensif dan universal dapat dilaksanakan dalam negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan agama.


sumber: utusan online 30 april 2010

artlife: artikel ini sesuai dgn jiwa saya sekarang..ia menceritakan tentang perasaan saya ketika ini...sewaktu saya extract copy artikel ini, saya baru selesai bertegang urat dengan seseorang berkenaan hal ehwal politik. entah apa yang dia nak menangkan sangat kepimpinan kerajaan sabuah negeri ini sehingga mengutuk2 kerajaan pusat!! di pihak mereka yang terlalu taksub dengan ke "partian" nie sampai tahap memberi komen atau tuduhan berdasarkan persepsi bebas sendiri2 tanpa fakta atau sumber yang tepat! dan apabila ada pihak sudah mula hilang hormat terhadap agama, apa nak jadi???? ...yang jahat dikata benar/adil/baik, begitu la sebaliknya... blum sentuh mereka kalangan kafir yg tak hormat agama....
hal ini juga terjadi akibat kecerdikan generasi masa kini yang tiada berbedung dan bertebing2 lagi...memutar belitkan satu2 fakta hanya kerana ghairah merebut kuasa! ingatlah, musuh2 berkiblatkan kuasa ini hanya memandang tiga "ta" sahaja - Takhta, Harta dan Wanita. Wallahualam.